Thursday, April 8, 2010

Enrollment Packages...


Kalau nak beli package leader.....

Apa Itu Transfer Factor


Apa Itu Transfer Factor?

Transfer factor dipercayai mengandungi protein dan RNA, tetapi tiada DNA. Saiznya yang kecil - molekul yang beratnya kurang dari 10,000 - membuatkan ia tidak menyebabkan alergi dan membolehkan ia mengekalkan potensi penuh apabila diambil secara oral. Kolosterum semua mamalia sebenarnya kaya dengan transfer factor, dan sangat penting untuk menganugerahkan imuniti pasif kepada bayi yang baru dilahirkan melalui penyusuan badan. Transfer factor adalah molekul mikroskopik dan semula jadi yang berada di dalam tubuh setiap manusia dan binatang. Mereka adalah utusan, menghantar maklumat imuniti mengenai kehadiran ancaman kepada imun - sama ada dalaman atau luaran - dan bagaimana hendak bertindakbalas dengan betul, dari satu sel imun ke satu sel imun yang lain. Transfer factor dikeluarkan oleh limfosit dengan fungsi imuniti perantara-sel. Mereka membawa imuniti sel-perantara khusus-antigen (hipersensitiviti jenis tertangguh) limfosit ibu kepada limfosit yang belum sensitif atau mentah. Mereka juga boleh meningkatkan aktiviti ransangan imun antigen tidak khusus limfosit penerima.Transfer factor memindahkan maklumat imuniti - mengenali patogen dan gerak balas imun yang sesuai - melalui unsur (molekul atau sel) pencetus, penindas dan khusus-antigen.Unsur pencetus membolehkan transfer factor membantu gerak balas imun terhadap jangkitan viral, parasit, malignan, penyakit mikobakterial, penyakit bakterial, jangiktan fungus, penyakit autoimun dan penyakit neurologikal. Molekul ini dapat memindahkan gerak balas imun dalam tempoh bawah 24 jam dan dengan ketara dapat mengurangkan atau menghapuskan gejala penyakit.Unsur penindas mengawal sistem imun dari gerak balas yang berlebihan, seperti gerak balas terhadap debunga dan jisim asing yang lain, begitu juga dengan sel tubuh sendiri seperti dalam kes penyakit autoimun.Unsur khusus-antigen membawa tanda pengenalan yang sistem imun gunakan untuk mengenali mikrob dan sel asing.Transfer factor boleh dijumpai walaupun di dalam sistem imun yang paling primitif. Oleh yang demikian, unsur pencetus dan penindas transfer factor adalah universal (umum) dan boleh memindahkan imuniti melangkaui batas spesies. Justeru, transfer factor dari lembu dapat memberikan imuniti dalam tubuh manusia. Unsur khusus-antigen boleh memindahkan imuniti di antara spesies apabila berlaku pindah silang antara patogen khusus-antigen, seperti dalam kes cacar dan cacar lembu, E. coli, dll.
Proses Mengenali Penceroboh Asing
Transfer factor bergerak ke arah reseptor (penyambut) sel T.Transfer factor masuk ke sel T.Transfer factor ditarik masuk ke dalam sel T.Transfer factor bercantum dengan struktur dalam sel T.Sitokines dikeluarkan.

Sumber:
Natural Immune Booster: Transfer Factor, William J. Hennen, Ph.D., Woodland Publishing, 1998.

The Super Supplement Combination for Optimal Immune Function: Enhanced Transfer Factor, William J. Hennen, Ph.D., Woodland Publishing, 2000.

A New Basis for the Immunoregulatory Activities of Transfer Factor - an Arcane Dialet in the Language of Cells, Lawrence HS, Borkowsky W. Cell Immunol, 1983.

Structural Nature and Functions of Transfer Factors, Kirkpatrick CH. Annals of The New York Academy of Sciences, 1993.